Boleh ke? Bayangkan elektrik tak pernah ditemukan dan takkan ditemukan.
Lampu Solar dari Botol Plastik Minuman Ringan?
Posted: 31 Ogos 2011 in Pengetahuan Am, Technical, TipsLabel:Alat jimat elektrik, chargeman, earth hour, lampu solar, power saver, Solar, Technical, Tenaga, Tenaga solar
Kesukaran dalam hidup lazimnya membuatkan seseorang menjadi lebih kreatif, sekurang-kurangnya ke satu tahap yang lebih baik dari sebelumnya. Seperti yang dapat kita lihat dalam video di bawah ni, walaupun lampu solar botol plastik tersebut hanya berfungsi pada waktu siang, banyak rumah di kejiranan miskin di Filipina mendapat manfaat darinya.
TNB Rugi RM9j Sindiket Produk Jimat Elektrik?
Posted: 5 Julai 2011 in Berita Elektrik, ElektrikLabel:Alat jimat elektrik, Berita Harian, chargeman, Electric, Elektrik, Jimat, Keselamatan, power saver, Suruhanjaya Tenaga, TNB
Sumber: Berita Hairan 4/7/2011
JOHOR BAHRU: Kewujudan sindiket menawarkaan produk dan kepakaran bagi mengurangkan penggunaan tenaga elektrik menyebabkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Johor kerugian lebih RM9 juta sejak awal tahun ini.
Perbuatan didalangi kumpulan berkenaan menyebabkan banyak premis perniagaan termasuklah hotel ternama dan kilang membayar jumlah tertentu untuk mengurangkan penggunaan elektrik mereka dan menyebabkan kerugian yang banyak kepada TNB.
Pengurus Besar Negeri, Datuk Mohd Aminuddin Mohd Amin, berkata kerugian berkenaan berdasarkan 1,336 kes kecurian yang dilaporkan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini membabitkan sektor komersial seperti rumah kedai, hotel, klinik, stesen minyak dan kilang sebagai penyumbang utama.
Katanya, Johor negeri ketiga mencacatkan kes kecurian elektrik tertinggi selepas Selangor dan Pulau Pinang dengan kebanyakan kes pengubahan meter didalangi sindiket yang menawarkan perkhidmatan serta produk pengurangan tenaga.
“Untuk mengatasinya, Unit Pengekangan Kecurian Arus (SEAL) TNB dianggotai 30 petugas diarah menjalankan operasi dari semasa ke semasa di sekitar negeri ini, Negeri Sembilan dan Melaka, ” katanya.
Mohd Aminuddin berkata, kegiatan kecurian elektrik yang didalangi kumpulan itu masih mampu dikesan pihaknya yang turut mempunyai kepakaran memeriksa kebocoran tenaga berkenaan dengan kadar segera.
“TNB menggunakan sistem canggih iaitu Alat Kawalan Jauh Bacaan Meter yang boleh mengesan secara automatik jika berlaku pengurangan penggunaan elektrik secara luar biasa walaupun premis terbabit terletak jauh seperti di Segamat.
“Unit SEAL akan terus datang ke lokasi berkenaan dan jika didapati pemilik premis mencuri elektrik, kami berkuasa menyekat penggunaan elektrik selama tiga bulan di sana mengikut Akta Bekalan Elektrik 1990,” katanya.
Beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak terpedaya dengan helah sindiket yang hanya mahu mengaut keuntungan mudah hingga menyebabkan pengguna didenda serta dikenakan tindakan mahkamah.
Pada masa sama, beliau menjelaskan pengguna turut terdedah risiko kemalangan kerana peralatan pengurangan elektrik terbabit dihasilkan tanpa mengikut piawaian.
Justeru katanya, orang ramai yang curiga dengan kehadiran individu yang mendakwa kakitangan TNB yang menawarkan perkhidmatan pengurangan tenaga itu boleh menghubungi talian TNB Careline di 1554 atau pusat sehenti di 1300 88 5454.
Sementara itu, dalam perkembangan sama beliau berkata, TNB akan menggantikan lebih 250,000 meter elektrik lama berusia lebih 15 tahun di seluruh negeri ini secara berperingkat berikutan ia sudah tidak berkesan termasuk gagal merekodkan bacaan penggunaan sebenar.
Komen: iyeeeee ke? itu bukan alat jimat tu…tu alat curi elektrik….. alat jimat elektrik yang aku tau, hanya mengambil kesempatan ke atas tidak cekapnya peralatan elektrik atau pendawaian dalaman pengguna, malah dalam sesetengah kes, mengambil kesempatan ke atas kelemahan sistem penghantaran elektrik pemegang lesen. Renung-renungkan….
Persidangan Keselamatan Elektrik
Posted: 30 Jun 2011 in Elektrik, Pengetahuan Am, Technical, TipsLabel:chargeman, Electric, Elektrik, Keselamatan, Renjatan elektrik, Suruhanjaya Tenaga, TNB
Suruhanjaya Tenaga akan menganjurkan Persidangan Keselamatan Elektrik pada 21 dan 22 Julai 2011.
Antara intipati persidangan tersebut adalah bagaimana untuk memperkasakan keselamatan elektrik melalui penguatkuasaan undang-undang, amalan terbaik bagi keselamatan elektrik, kajian kes kebakaran berkait elektrik dan banyak lagi. Maklumat lanjut boleh didapati di laman web SURUHANJAYA TENAGA atau klik SINI untuk brosur persidangan tersebut. Yuran penyertaan RM 100.00 sahaja.
Tarif Elektrik Sah Naik!
Posted: 30 Mei 2011 in Berita Elektrik, Elektrik, TechnicalLabel:Alat jimat elektrik, chargeman, Electric, Elektrik, Jimat, kwh, Tarif Elektrik, TNB
Berita baik yang ditunggu-tunggu telah tiba.
Tarif elektrik sah naik berkuatkuasa 1 Jun 2011.
Tarif purata meningkat sebanyak 7.12%.
Kenaikan ini mengikut laman web TNB disebabkan oleh:
1. Kenaikan purata 5.12% berikutan peningkatan sebanyak 28% harga gas asli sektor tenaga iaitu daripada RM10.70/mmBTU kepada RM13.70/mmBTU; dan
2. Kenaikan purata 2.0% untuk menampung sebahagian daripada peningkatan kos pembekalan elektrik sejak Jun 2006.
Mengikut kata sumber-sumber kerajaan pula kenaikan ini adalah satu proses perasionalisasian subsidi.
Walaubagaimanapun, pengguna domestik dengan penggunaan kurang 300 kwh tidak terkesan SECARA LANGSUNG dengan kenaikan ini. Pengguna domestik tidak dapat tidak pastinya khuatir yang pengguna industri & komersial yang mengalami kenaikan tarif sehingga 10% akan cuba meletakkan “bebanan tambahan” ini kepada pengguna.
Ketika berita ini ditulis, belum ada jadual tarif yang spesifik dikeluarkan TNB. Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut.
Kemaskini 31 Mei 2011:
Jadual Tarif Elektrik Berkuatkuasa 1 Jun 2011 (Klik mengikut kategori)


Suruhanjaya Tenaga
Tenaga Nasional Berhad
Kursus Kekompetenan Elektrik



